SEREMBAN – Sebuah stor penyimpanan perkakas milik SWM Environment Sdn Bhd bersama empat lori syarikat itu musnah dalam kebakaran di Depoh SWM Sendayan Logistic, Sendayan Techvalley di sini pada Selasa.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, Ahmad Khomeini Kamarudzaman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.14 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.