SEGAMAT – Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan pemantauan kejadian kebakaran bahan aluminium di sebuah stor disyaki simpanan sampah elektronik (e-waste), di Kampung Usaha Jaya, di sini.
Ketua Pengarah Bomba, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.05 pagi, Jumaat.