TANGKAK – Pelbagai jenis bunga api bernilai RM41,900 dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Pelangi di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar melakukan serbuan tersebut jam 1 petang selepas mendapat maklumat awam.