Malaysia University knights tidak berdepan masalah menewaskan Sarawak Hunter 2-0 dalam saingan Kumpulan A, Divisyen 1, Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2025 di Stadium Sukpa, Pahang, sebentar tadi.
Malaysia Uni dibarisi Amin Asri (tekong), Haikal Huzaimi (pengumpan) dan Khairul Hafifi (perejam), manakala, Nurudin Pawi pula mempertaruhkan Hariz Hipni (tekong), Azaniq Asriq (pengumpan) dan Chris Angel (perejam).