SHAH ALAM – Statistik yang tinggi melibatkan tangkapan terhadap pemberi dan penerima rasuah mencerminkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak agresif dalam membanteras jenayah tersebut.
Pengerusi Rasuah Busters Perlis, Dr Nor Halmey Hamdah berkata, negara yang merekodkan sifar kes rasuah tidak menggambarkan ia benar-benar bersih daripada jenayah berkenaan.