AUSTIN – Prototaip terkini roket Starship milik SpaceX, dikenali sebagai Ship 36, musnah dalam satu letupan ketika menjalani ujian static fire di kemudahan Starbase syarikat itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) awal pagi Rabu.
Letupan besar berlaku sejurus sebelum atau semasa penyalaan enjin, menyebabkan kenderaan angkasa itu hancur dan serpihannya mencetuskan kebakaran di kawasan tapak ujian.