KOTA KINABALU – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berhasrat untuk bertanding di 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, jumlah itu merupakan hasrat parti, sama seperti kenyataan parti lain yang turut mengumumkan keinginan mereka bertanding di sejumlah kerusi tertentu.