PUTRAJAYA – Selepas 12 tahun, penjawat awam akan menikmati pelarasan gaji yang sejak sekian lama dinantikan menerusi pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang direalisasikan Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa semalam.
Selaras pengenalan SSPA, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebelum ini menyeru warga perkhidmatan awam supaya meningkatkan mutu kerja, komitmen dan dedikasi.