PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan siasatan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung seorang pegawai suruhanjaya itu yang turut diperiksa dalam satu serbuan mengejut di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung pemeriksaan pihak PDRM ke atas pegawai terlibat semasa pemeriksaan dilakukan di premis berkenaan menerusi Op Noda Khas.