KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sesi libat urus dengan Peguam Negara sedang berjalan untuk meminda undang-undang berusia 15 tahun itu.