SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mendaftar sebagai pengundi pos lebih awal sekurang-kurangnya enam bulan sebelum pilihan raya.
Jawatankuasa Pemandu Bersih dan Adil (Bersih) dan Global Bersih dalam satu kenyataan bersama berkata, cadangan itu bertujuan memberi masa yang cukup agar lebih ramai rakyat dapat melaksanakan hak mengundi dengan berkesan.