Spotify dilihat kini mengemaskini penawaran perkhidmatan pelan berbayar mereka dibawah Spotify Premium Family untuk pengguna Malaysia, dimana ia dikurangkan daripada penawaran langganan untuk 6 akaun premium, kepada hanya 4 akaun premium.
Harga langganan untuk Spotify Premium Family masih kekal sama RM24.90 sebulan, tetapi hanya dihadkan kepada 4 akaun Premium sahaja. Untuk akses tambahan lain, pengguna perlu melakukan tambahan bayaran untuknya. Sekiranya anda mengekalkan penggunaan 6 akaun seperti sebelum ini, maka langganan bulanan anda akan menjadi RM40.70 sebulan.