Spotify sedia mengumumkan penawaran video muzik di beberapa pasaran sebelum ini, dan kini ciri berkenaan turut diperluaskan kepada para pengguna Spotify Premium di Malaysia. Melalui halaman sokongan, Spotify mengatakan pengguna Spotify Premium kini boleh menikmati video muzik melalui aplikasi mudah-alih, di desktop, di web dan juga di kaca televisyen melalui aplikasi Spotify.
Dengan langkah ini, selain hanya mendengar kepada lagu dan muzik, pengguna turut boleh melihat video muzik yang dihasilkan khusus untuknya. Pihak Spotify sebelum ini pernah berkongsi mengatakan para pengguna muda lebih meminati kandungan video pada platform tersebut – dan mereka yang menonton video untuk sesuatu lagu mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk mengulang dengar lagu tersebut.