PUTRAJAYA – Pencapaian sekolah harian pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 amat membanggakan setanding Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata, kejayaan itu berkait rapat dengan langkah pemerkasaan guru berimpak tinggi yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).