JOHOR BAHRU – Bagaikan sudah berjanji, pasangan kembar Chai Zhi Heng dan Chai Yun Zhen, 18, mencatat keputusan cemerlang apabila masing-masing memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Kejayaan membanggakan itu turut melayakkan mereka dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail.