PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi pengecualian kepada pemohon Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai kursus berkenaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pengecualian syarat sementara itu untuk tempoh enam bulan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember ini di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia.