WASHINGTON – SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor United Press International (UPI).
Kapal angkasa berkenaan yang membawa angkasawan NASA Nick Hague dan angkasawan Rusia, Aleksandr Gorbunov berlepas seperti yang dirancang, didorong ke angkasa oleh roket dua peringkat Falcon 9 yang boleh digunakan semula milik SpaceX.