SEREMBAN – Orang ramai meluahkan rasa lega apabila Surau Madani di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan kini dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat, sekali gus mengurangkan keperluan tergesa-gesa ke masjid lain.
Pekerja restoran di R&R itu, Muhammad Amri Anuar, 25, berkata, beliau bersyukur dengan kelulusan tersebut memandangkan sebelum ini beliau dan rakan-rakan perlu menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Tekir Labu, yang terletak kira-kira 15 kilometer dari lokasi itu.