KOTA BHARU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada 24 Mei ini.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata, keputusan itu dicapai dengan persetujuan sebulat suara bersama 13 daripada 14 ketua cabang di negeri ini.