SHAH ALAM – Cadangan mewujudkan cawangan baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sebagai usaha untuk membanteras sindiket ‘counter setting’ amat wajar dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli Majlis Tertinggi Rasuah Busters Kedah, Mohd Syahir Ismail berkata, ia dapat memastikan pegawai SPRM memantau dan membuat pemeriksaan secara berterusan kepada mereka yang terlibat dengan rasuah.