PENYANDANG juara berganda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam tampil menyingkap saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 (B-15) merebut Piala Sumbangsih tanpa sebarang tekanan.
Malah, pengendali skuad B-15 SMK Shah Alam, Osmera Omaro menegaskan pasukan berpangkalan di Shah Alam itu sudah bersedia mental dan fizikal berdepan SMK Darul Ehsan di Stadium Mini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) SMK USJ 23 Subang Jaya pada Isnin.