JUARA Kumpulan D, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kapar tidak memandang rendah keupayaan SMK Bandar Tasik Puteri apabila kedua-dua pasukan berentap di JSA Arena, Setia Alam pada Selasa ini.
Malah pengendali skuad Bawah 15 (B-15) tahun SMK Bukit Kapar, Hasrul Rasyid Harith menyifatkan keluar sebagai juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah bukan jaminan pasukan itu mendapat laluan mudah ke suku akhir.