Kebelakangan ini, banyak yang telah diperkatakan tentang pembangunan bandar-bandar pintar di sekitar Malaysia, dan dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pembangunan Kota Madani dengan integrasi teknologi AI dan lain-lain, ini adalah peluang terbaik untuk Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini untuk memperlihatkan kebolehan kita dalam mengintegrasi teknologi moden dalam pembangunan bandar.
Hari ini, Menteri Digital Gobind Singh Deo telah merasmikan kira detik 100 hari ke pelancaran acara Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 (SCEKL25). Ia akan diadakan pada 17 ke 19 September 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan akan dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation dan juga Digital Nasional Berhad, syarikat disebalik pembangunan rangkaian 5G Malaysia.