SKUAD Harimau Malaya Bawah 23 Tahun (B-23) kendalian Nafuzi Zain diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Filipina dan Brunei bagi saingan Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025 di Jakarta, dari 15 hingga 29 Julai ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Malaysia akan memulakan kempen menentang Filipina pada 15 Julai, diikuti perlawanan menentang Brunei pada 18 Julai sebelum melengkapkan aksi kumpulan berdepan Indonesia pada 21 Julai.