KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Rabu mengeluarkan Soalan-Soalan Lazim (FAQ) bagi memperjelaskan pertimbangan dalam tindakan yang diambil berhubung kes yang menyentuh sensitiviti 3R (agama, raja dan kaum) melibatkan Maestra Broadcast Sdn Bhd, baru-baru ini.
Menurut FAQ itu, selepas insiden tersebut pengurusan tertinggi Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dipanggil SKMM untuk memberikan penjelasan dan mereka dinasihatkan untuk memastikan kawalan kandungan ketat.