KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha mengenal pasti identiti seorang pengguna TikTok yang mendakwa dirinya sebagai pakar bedah terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, individu berkenaan mendakwa dirinya hadir pada proses bedah siasat jenazah pelajar itu pada 10 Ogos lepas, namun semakan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan individu itu bukan seorang doktor pakar mahupun petugas KKM.