KUCHING – Premier Sarawak. Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penggunaan aplikasi e-dompet S Pay Global (S Pay) untuk menyalurkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan berkenaan.
Beliau berkata, pemberian bantuan dalam bentuk baucar atau wang tunai berpotensi disalahgunakan, dengan penerima mungkin menggunakan bantuan itu untuk perkara selain daripada keperluan asas.