KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih belum melakukan sebarang siasatan ke atas ahli lembaga pengarahnya berhubung dakwaan skandal pemberian projek bernilai RM4 juta.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, setakat ini tiada ahli lembaga pengarah yang dipanggil bagi membantu siasatan.