PUCHONG – Sokongan padu daripada guru-guru dan ibu bapa yang menggalakkan 1,145 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Indah menghadiri Karnival Rakyat Karangkraf 2024 dan menyertai Pertandingan Sekolahku Meriah, menjadi faktor utama sekolah itu merangkul gelaran juara.
Hasil kejayaan itu sekolah tersebut memenangi wang tunai RM5,000 yang disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.