PASIR MAS – Sistem pendidikan kebangsaan perlu menjadi teras kepada semua kaedah pengajaran di negara ini bagi mengekalkan perpaduan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem pendidikan tiga aliran yang dipraktikkan di negara ini membabitkan sekolah kebangsaan, sekolah vernakular dan pendidikan Islam dilihat sukar mencapai perpaduan.