Siri Xiaomi 17 akan dilancarkan secara rasmi pada 25 September depan. Tiga model akan dilancarkan dengan dua model Pro dan satu model biasa. Ketiga-tiga model dipercayai akan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan sistem kamera serta lensa Leica turut akan kembali.
Pada model Pro, terdapat skrin sekunder di bahagian belakang dengan imej acah menunjukkan pelbagai widget boleh diletakkan padanya. Ini kali pertama Xiaomi mengembalikan semula skrin sekunder pada peranti dengan kali terakhir ia ditawarkan pada Xiaomi 11 Ultra.