KUALA LUMPUR – Sindiket penyeludupan bahan terlarang kini semakin berani apabila menjual secara terbuka cecair vape mengandungi bahan psikoaktif seperti ‘magic mushroom’ menerusi platform media sosial.
Ketua Pegawai Eksekutif Nanostix Innovations Sdn Bhd, Shahabudeen Jalil berkata, kegiatan ini dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan peranti vape untuk tujuan jenayah dan penyalahgunaan dadah.