SHAH ALAM – Syarikat perdagangan logam berharga terkemuka di Malaysia, Public Gold mahu mengubah cara rakyat Malaysia memiliki dan menyimpan emas dengan lebih mudah.
Syarikat ATM Emas nombor satu di Malaysia yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, kini mencuri perhatian pengunjung dalam Pesta Pulau Pinang 2024/2025 yang berlangsung dari 21 Disember lalu hingga 2 Februari depan.