PORT DICKSON – Suasana hiba menyelubungi Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson di sini apabila ibu bapa kepada arwah Muhammad Alif Iskandar Muhamad Rizal, 21, naik ke pentas bagi menerima Sijil Teknologi Seni Bina anaknya sempena Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sembilan pada Selasa.
Wajah sugul jelas terpancar pada pasangan Muhamad Rizal Ujang, 56, dan isterinya, Intan Norshahrah Ibrahim, 50, yang tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja nama arwah anak mereka diumumkan.