IPOH – Majoriti kanak-kanak yang diselamatkan dalam serbuan Op Global melibatkan rumah amal kendalian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Perak sudah pun dituntut keluarga dan waris.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, jumlah itu melibatkan sebahagian besar daripada keseluruhan 55 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang ditempatkan di pusat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).