BANDAR BAHARU – Siasatan polis terhadap kes GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang, menyebabkan jumlah tangkapan individu yang dikaitkan dengan organisasi tersebut berubah mengikut keperluan siasatan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah anggota polis yang terlibat dalam kes ini adalah besar, melebihi 1,000 anggota, dan turut melibatkan pakar kaunseling serta psikologi.