KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim menggesa pihak berkuasa menyiasat sebuah pertubuhan yang dikatakan mempromosikan penyatuan semula China dan Taiwan, sambil mempersoalkan sama ada kumpulan itu cuba menyebarkan ideologi komunis di Malaysia.
Rais, yang juga bekas Menteri Luar dan Penerangan berkata, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini selepas menerima satu rakaman video mengenai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Persatuan Promosi Penyatuan Secara Aman Satu China di Malaysia.