SHAH ALAM – Pendedahan tentang seorang banduan yang pernah mendapat layanan istimewa di penjara satu ketika dahulu mungkin menjadi ‘modal’ oleh sindiket yang menyamar sebagai pegawai penjara untuk meminta sejumlah wang daripada keluarga dan waris penghuni bagi membeli makanan istimewa.
Pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, sindiket penipuan tersebut berpotensi menyasarkan keluarga banduan yang kaya atau golongan VIP.