Wanita dan kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Malah, setiap wanita mempunyai kecantikannya yang unik dan tersendiri. Tetapi terdapat segelintir kaum wanita yang bersifat ‘rendah diri’ dan merasakan diri mereka tidak ramping hingga stres setiap kali memilih ‘outfit’ dan pakaian untuk digayakan.
Bagaimanapun, ada pula yang berfikiran positif dan tidak berani dalam mengayakan variasi fesyen dengan penuh versatil. Memiliki bentuk tubuh yang kurus atau gemuk bukanlah kayu ukur kepada kecantikkan seorang wanita. Asalkan kesihatan anda terjamin dan berada dalam keadaan baik, bentuk badan bukanlah satu isu yang besar.