Kumpulan legenda Indonesia, Sheila On 7 secara rasmi diumumkan bakal kembali membuat persembahan di Malaysia menerusi festival muzik, Latihan Pestapora Malaysia 2025 yang akan berlangsung pada 26 Julai 2025.
Lebih menarik, Latihan Pestapora Malaysia juga akan berpindah ke lokasi yang lebih mega iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memenuhi permintaan luar biasa peminat serta menyediakan pengalaman konsert berskala besar yang tidak dapat dilupakan.