SEPANG – Superintenden Shan Gopal Krishnan memangku tugas Ketua Polis Daerah Sepang berkuat kuasa pada Jumaat.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang memangku jawatan itu menggantikan Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor.