Masih dengan ketampanan yang sama, namun kini dengan imej rambut panjang dan senyuman baru yang menawan jutaan mata, Shahir sekali lagi tampil sebagai juara dalam program realiti Hijrahkan Laguku yang berkonsepkan ketuhanan.
Merupakan bekas anggota kumpulan nasyid, Saujana, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir yang pernah popular dengan lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ juga diiktiraf sebagai Artis Baharu Lelaki Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2010.