KUALA LUMPUR – Setiausaha Wanita DAP Selangor, Nalina Nair Rama Krishnan kekal bebas daripada pertuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan membuat bising di sebuah balai polis di sini, empat tahun lepas.
Ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin bahawa pihak pendakwa raya selaku perayu, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepaskan dan membebaskan Nalina Nair, 36, pada 10 Ogos 2023.