JEMPOL – Setiausaha Politik Pejabat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Manivanan Gowin belum membuat keputusan untuk bertanding jawatan naib presiden pada Pemilihan PKR 2025.
Menurutnya, terdapat permintaan daripada pelbagai pihak meminta beliau untuk kembali bertanding merebut jawatan itu dan hal tersebut sedang dalam pertimbangan.