< Kembali

Sesuailah Dapat Gelaran ‘Krabi’ Malaysia. Pulau Seri Buat, Port Snorkeling & Hiking Cantik Di Rompin, Pahang

Travel
Libur
753 Hari

Bila menyebut Krabi, ramai antara kita pernah melancong ke pantai peranginan popular di Thailand ini. Pantainya yang jernih dan pemandangan memukau membuatkan pulau pelancongan ini popular di seluruh dunia dan menjadi tumpuan luar sejak dulu lagi. Tapi tak perlu pergi jauh-jauh lagi dan semua keindahan di Krabi itu boleh dilihat di Pulau Seri Buat yang terletak di Rompin, Pahang di mana pantainya memutih, sesuai untuk aktiviti snorking selain boleh melakukan hiking.

Untuk ke sini mudah saja kerana perjalanan hanya memakan masa 45 minit saja menaiki bot dari jeti Tg Gemok. Terletak dalam daerah Rompin yang terkenal dengan Pulau Tioman, inilah hidden gem negara yang tersembunyi selain terdapat pulau-pulau lain seperti Pulau Sembilang, Pulau Raja, Pulau Tulai, Pulau Layak dan beberapa pulau kecil lagi di sekitarnya.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan