SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar perlu digantung daripada parti susulan penyertaannya dalam Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman di Putrajaya pada Isnin.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, tindakan sama juga perlu dikenakan kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang sebelum ini menyuarakan isu kemelut institusi kehakiman dalam satu sidang media pada 7 Julai.