Cantik sungguh warna hijau kuih Serimuka Pandan ni. Malah elok berlemak, manis secukup rasa. Bagi mak-mak peminat kuih Serimuka Pandan ini ada pelbagai cara untuk membuatnya. Kuih ini terbahagi pada dua bahagian iaitu ‘kepala’ dan pulut berlemak.
Jika selalu bahagian ‘kepala’ yang berwarna hijau manis berlemak, dimasak sekejap sehingga likat terlebih dahulu. Namun menerusi perkongsian resipi Sue Talam Kitchen ini, ada caranya bahagian tersebut tak perlu dimasak di atas dapur dan boleh terus dikukus. Malah rupanya kena titiskan sedikit pewarna kuning barulah, warna hijau elok cantik macam ni.