PUCHONG – Aktiviti disyaki tonto yang memberi isyarat serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas sebuah pusat hiburan, di sini, dikesan selepas pemeriksaan telefon bimbit milik gadis pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan.
Serbuan pada Jumaat itu telah dijalankan sepasukan JIM Selangor hasil maklumat dan risikan ke atas dua buah premis iaitu kafe bistro serta pusat hiburan.