Terpegun menyaksikan Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah sejak 16 Januari lepas. Iyalah, bukan selalu dapat tengok anak raja kahwin. Tambahan pula, ia majlis perkahwinan diraja negara Brunei yang terkenal sebagai sebuah negara Islam yang maju dan kaya.
Bukan rakyat di Brunei sahaja yang gembira dengan perkhabaran tersebut bahkan rakyat Malaysia dan negara serumpun juga ternanti-nantikan istiadat bersejarah itu. Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabol Bolkiah yang kini berusia 36 tahun merupakan puteri kedua bongsu Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama Puan Hajah Mariam dan kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen.