KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) susulan serangan siber ke atas sistem digital MAHB.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri menekankan bahawa kerjasama pasukan kerajaan dan industri harus seiring, agar keupayaan menjaga infrastruktur kritikal negara daripada sebarang ancaman berada pada tahap tinggi.